195 PERKARA ASAS DALAM SEMBAHYANG
KEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM
i. Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W.
“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”
ii. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain”
iii. Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang meninggalkcm solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur
yang nyata dan jelas ‘:
“ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan So/at ‘:
Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa ‘orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar.
Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain. Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau tidak diterima oleh Allah S.W.t.
Di antara salah satu syarat sah solat ialah mengetahui kaifiat (cara) sembahyang dari segi rukun syarat, sunat wajib dan sebagainya. Kegagalan membezakan perkara sunat dan wajib sahaja pun, boleh menyebabkan solat terbatal atau tidak sah. Mengetahui kaifiat solat itu boleh diterjemahkan di dalam 6 perkara yang merupakan asas solat umpamanya.
1. Syarat wajib solat
2. Syarat sah solat
3. Rukun solat
4. Perkara Sunat dalam solat
5. Perkara Makruh dalam solat
6. Perkara yang Membatalkan solat
| SYARAT WAJIB ( 5 PERKARA) |
| 1. Islam |
| 2. Beraqal |
| 3. Baligh |
| 4. Suci daripada Haid dan nifas |
| 5. Masuk waktu |
| |
| SYARAT SAH (9 PERKARA) |
| 1. Islam |
| 2. Beraqal |
| 3. Suci dari hadas besar dan kecil |
| 4. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis yang tidak dimaafkan |
| 5. Menutup aurat |
| 6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’ |
| 7. Menghadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’ |
| 8. Mengetahui ‘kaifiat’ (cara) sembahyang |
| 9. Meninggalkan perkara yang membatalkan sembahyang |
| |
| RUKUN (13 perkara) |
| 1. Niat ( 3 syarat ) |
| i. Tempatnya di dalam hati (sunat dilofazkan dengan lidah) |
| ii. Masanya ialah ketika mulut menyebut (Allahuakbar ) dalam (Takbiratul Ihram ) |
| iii. |
| a. Ada Qasad, Taarudh, Taayin, Taayin Nafsih - solat Jumaat & Qasar |
| b. Qasad, Taarudh, Taayin - solat Fardhu biasa |
| c. Qasad, Taayin - solat Sunat berwaktu/bersebab |
| d. Qasad - solat Sunat mutlak |
| |
| 2. Takbiratul Ihram ( ) - ( 21 syarat) |
| 1. Dengan Bahasa Arab |
| 2. Dengan lafaz 'Allah' ( ) |
| 3. Dengan lafaz 'Akbar' ( ) |
| 4. Dengan tertib sebutan dua kalimah tersebut (Allah dan Akbar) |
| 5. Ketika berdiri ( bagi Solat Fardhu ) |
| 6. Tiada dimadkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Allah' |
| 7. Tiada digugurkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Akbar' |
| 8. Tiada dimadkan huruf ( ) pada lafaz 'Akbar' |
| 9. Tiada men'tasydid' |
| 10.Tiada menambah wau (J ) yang sakin (mati) I berberis antara duo kalimah |
| 11.Tiada wau ( ) dahului daripada lafaz Allah ( ) |
| 12.Tiada menukar sebutan huruf Hamzah ( ) pada kalimah Akbar dengan huruf Wau ( ) |
| 13.Tiada menukar sebutan huruf Kaf ( ) pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Hamzah ( ) |
| 14.Tiada memanjang hukum mad pada kalimah 'Allah' melebihi 14 harakat |
| 15 Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah itu lebih dari kadar masa bernafas |
| 16. Atau diam yang pendek tetapi diqasadkan dengan memutuskan Takbiratul Ihram itu |
| 17. Sebutannya dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya |
| 18. Dimulakan setelah yakin/dzan sudah masuk waktu |
| 19. Dalam keadaan mengadap kiblat |
| 20. Ditakbirkannya kemudian daripada takbir Imam bagi Makmum |
| 21. Tiada memalingkannya daripada Takbiratul Ihram kepada takbir yang lain daripadanya |
| |
| 3. Qiam ( ) -berdiri betul ( 3 syarat) |
| 1. Disyaratkan bagi sembahyang Fardhu |
| 2. Disyaratkan bagi yang mereka yang berkuasa berdiri. |
| 3. Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam. |
| |
| 4. Membaca AI Fatihah ( 11 syarat) |
| 1. Dibaca dengan bahasa Arab |
| 2. Dengan tertib antara segala kalimah |
| 3. Dengan mualat padanya ( kalimah ) |
| 4. Memelihara akan segala hurufnya ( 141 huruf ) - tidak mengurangkan atau menambah hurufnya |
| 5. Memelihara segala tasydid ( 14 tasydid ) - tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya |
| 6. Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur - lebih kadar bernafas atau diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan |
| 7. Tiada kesilapan atau 'lahn ( ) yang boleh mencederakan maknanya mengikut Bahasa Arab |
| 8. Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya (spt duduk dsb) ketika dalam keadaan uzur |
| 9. Dapat diperdengarkan pada dirinya sekelian hurufnya |
| 10.Tiada diselangi antara segala kalimahnya oleh zikir ajnabi (asing) yang tiada hubungan dengannya |
| 11.Membaca semua ayatnya termasuk Bismillah pada setiap rakaat kecuali makmum yang masbuq |
| |
| 5. Rukuk (4 syarat) |
| 1. Selepas tamam (sempurna ) Fatihah ( bagi lain daripada masbuq ) |
| 2. Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lutut |
| 3. Tunduk dengan niat rukuk |
| 4. Tama’ ninah dalam rukuk (sekadar masa menyebut Subhanallah) |
| |
| 6. I’tidal ( ) ( 5 syarat ) |
| 1. Selepas tamam (sempurna) rukuk |
| 2. Bangkit kembali (qiam) ke tempat asal sebelum rukuk |
| 3. Bangkit dengan niat i’ tidal |
| 4. Tidak melebihkannya lebih dari qadar masa membaca Fatihah |
| 5. Tama’ ninah |
| |
| 7. Sujud (8 syarat) |
| 1. Selepas tamam (sempurna ) i’tidal |
| 2. Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud |
| iaitu dua belah tapak tangan/perut anak jari, dua kaki, dua lutut dan dahi |
| 3. Terbuka dahinya |
| 4. Ditekan kepala ke tempat sujud |
| 5. Tidak niat lain dari sujud |
| 6. Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya - yang bergerak dengan geraknya |
| 7. Meninggikan punggung dari kepalanya |
| 8. Tama’ ninah |
| |
| 8. Duduk antara dua sujud (5 syarat ) |
| 1. Selepas tamam (sempurna ) sujud pertama |
| 2. Tidak diqasadkan bangkit itu selain daripada untuk duduk antara dua sujud |
| 3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya |
| 4. Tiada memanjangkannya lebih dari kadar masa sekurang-kurang tahiyyat |
| 5. Tama’ ninah |
| |
| 9. Duduk Tahiyyat Akhir ( 3 syarat) |
| 1. Selepas tamam sujud terakhir |
| 2. Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir |
| 3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya |
| |
| 10. Membaca Tahiyyat Akhir (8 syarat) |
| 1. Memelihara akan sekelian hurufnya dari gugur |
| 2. Memelihara akan segala tasydidnya |
| 3. Tidak bertukar huruf-hurufnya itu dengan huruf yang lain |
| 4. Tidak ada kesilapan sebutan yang boleh mengubah makna |
| 5. Dapat didengar oleh telinga sendiri |
| 6. Dibaca dalam bahasa Arab |
| 7. Muwalat segala kalimahnya |
| 8. Dibaca dalam keadaan duduk |
| |
| 11. Membaca Selawat Nabi s. a. w. dalam Tahiyyat Akhir (4 syarat) |
| 1. Dibaca dalam Bahasa Arab |
| 2. Dengan lafaz Muhammad s.a.w. |
| 3. Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’ |
| 4. Dapat didengar oleh telinga sendiri |
| |
| |
| 12. Memberi Salam (11 syarat) |
| 1. Diberi salam itu dalam Bahasa Arab |
| 2. Ditakrif dengan Alif dan Lam ( JI ) |
| 3. Dengan khitab jamak ( ) |
| 4. Dengan mim jamak ( ) |
| 5. Memperdengarkan sekelian huruf kepada dirinya |
| 6. Berturut-turut segala kalimahnya |
| 7. Tiada qasad lain daripada salam |
| 8. Ketika duduk atau gantinya |
| 9. Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir |
| 10.Tidak menambah sesuatu huruf / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat |
| 11.Tidak mengurangkan sesuatu hurut / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat |
| |
| 13. Tertib |
| |
| |
| PERKARA-PERKARA SUNAT (2 perkara) |
| 1. Sunat Ab'adh (8 perkara) |
| 1. Membaca Tahiyyat Awal |
| 2. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Awal |
| 3. Membaca Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Akhir |
| 4. Duduk bagi membaca Tahiyyat Awal |
| 5. Berdiri membaca qunut di dalam Solat Subuh |
| 6. Membaca qunut |
| 7. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut |
| 8. Membaca Salam ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut |
| |
| 2. Sunat Hai’ah ( ) |
| 1. Mengangkat kedua tangan ketika Tabiratul Ihram, ketika rukuk, iktidal dan bangkit dari Tahiyyat Awal |
| 2. Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri ketika qiam |
| 3. Memandang tempat sujud sahaja kecuali ke jari telunjuk ketika menyebut ( ) dalam Tahiyyat Awal |
| 4. Membaca doa Iftitah |
| 5. Membaca 'Auzubillah ( ) sebelum AI Fatihah |
| 6. Diam seketika sebelum dan sesudah sesuatu bacaan |
| 7. Membaca Amin sehabis AI Fatihah dengan nyaring atau perlahan menurut masanya |
| 8. Membaca sebarang ayat atau surah sesudah AI Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua |
| 9. Memanjangkan ayat rakaat pertama lebih dari rakaat kedua |
| 10.Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh, Hari Raya, Terawih, witir dan 2 rakaat pertama Maghrib serta Isya |
| 11.Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali ketika iktidal |
| 12.Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika rukuk |
| 13.Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat |
| 14.Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud |
| 15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud |
| 16.Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika sujud |
| 17.Membaca doc ( Rabbigh firli ) hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud |
| 18.Duduk bersimpuh (iftirasy ) kecuali ketika duduk Tahiyyat Akhir |
| 19.Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 2 |
| 20.Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam |
| 21.Memberi salam ke kiri |
| 22.Berpaling hingga kelihatan pipi orang di sisinya sewaktu memberi salam ke kiri dan kanan |
| |
| 5. PERKARA-PERKARA MAKRUH |
| 1. Berpaling muka kanan atau kiri |
| 2. Berdiri di atas sebelah kaki |
| 3. Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki |
| 4. Menyimpul rambut, kain, serban, menyingsing lengan tangan baju |
| 5, Berludah dalam sembahyang atau di luar sembahyang ke hadapan kiblat |
| 6. Merendahkan kepala dari punggung ketika rukuk |
| 7. Menahan diri dari qada’ hajat besar atau kecil |
| 8. Bersolat ketika makanan sudah terhidang yang sekira-kira ianya boleh mengganggu kekhusyukan |
| 9, Meninggalkan bacaan surah dua rakaat pertama |
| 10.Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud |
| 11.Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar itu |
| 12. Melanjutkan tasyahud awal clan membaca doc |
| 13.Meninggalkan doc dalam tasyahud akhir |
| 14.Membiarkan tempat kosong di dalam sat di hadapannya |
| 15.Berdiri seorang diri di luar saf ketika solat berjemaah |
| 16.Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam |
| 17.Sembahyang dalam bilik mandi |
| 18.Sembahyang di tempat sembelihan |
| 19.Sembahyang di dalam gereja |
| 20.Sembahyang dalam kandang haiwar. |
| 21.Sembahyang di tanah perkuburan |
| 22.Sembahyang di etas Kaabah |
| 23.Sembahyang di tempat tawaf |
| 24.Sembahyang di laluan orang ramai |
| 25.Mendongak ke langit |
| 26.Mengadap tempat yang bertulis clan bergambar |
| 27.Mengadap atau bertentang muka dengan manusia |
| 28.Ketika terlalu mengantuk |
| 29.Menguap’- apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa |
| 30.Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap |
| |
| 6. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SEMBAHYANG (21 PERKARA) |
| 1. Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau hanya dengan 1 huruf yang memberi faham |
| 2. Bergerak-gerak lebih dari 2 kali berturut-turut |
| 3. Kedatangan hadas kecil atau besar |
| 4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan |
| 5. Syak pada niat atau takbiratul ihram |
| 6. Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan pada syak itu |
| 7. Syak pada apa sembahyang yang diniatkan |
| 8. Niat hendak memutuskan solatnya |
| 9. Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu |
| 10.Mengubah solatnya kepada solat yang lain |
| 11.Mengerjakan satu rukun feeli ( ) bukan pada tempatnya |
| 12.Berpaling dada dari kiblat |
| 13.Memberi salam bukan pada tempatnya |
| 14.Terbuka aurat |
| 15.Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti mengorek hidung dan lain - lain |
| |
| |
| Kitab Rujukan |
| Hidayatus Sibyan |
| Tanwirul Qulub |
| Sabilal Muhtadin |
| Muniyatul Musolli |
| Sirus Salikin |
