Renungan
Assalamualaikum.
kita sering lihat di zaman serba moden ini , manusia berlumba-lumba untuk mencari kesenangan dunia dengan sepenuh tenaga. daya pemikiran telah ditumpukan ke arah itu dengan semaksima mungkin. urusan atau perkara lain dipandang sebelah mata sahaja, malah dilayan sebagai kelas kedua. halal atau haram sudah tidak penting lagi, apa yang perlu difikirkan ialah kesenangan dan kemewahan. rentetan dari sikap dan pegangan ini kita dapat lihat kesannya dalam program-program yang bercorak keagamaan sering dipandang sepi, bilangan yang hadir amatlah kecil berbanding dengan program yang bercorak hiburan.. adakah ini tanda-tanda akhir zaman.. cuba-cubalah kita fikirkan bersama. jumpa lagi
