Isi menu tab 1
Isi menu tab 2
Isi menu tab 3

Tragedi di petang Jumaat



Hujan yang turun sejak hari khamis 5 november membuatkan ramai orang menganbil keputusan untuk tidak keluar rumah,tambahan pula di hujung minggu,apa tidaknya keadaan becak dan basah menyukarkan pergerakkan dan aktiviti harian.pada hari jumaat saya bergegas ke alor setar kerana untuk menyelesaikan masaalah broadband yang tidak berfungsi di celcom center jalan kancut. selepas solat jumaat saya teringat untuk membeli cd photoshop cs3 middle eastern.saya pun terus ke beberapa kedai software untuk mencari cd tersebut.ketika saya asyik melihat software di dalam kedai,satu panggilan telah diterima mengenai kematian saudara terdekat di padang menora bertam,seberang prai. oleh itu niat untuk memcari software tersebut terpaksa dibatalkan. saya pun bergegas pulang untuk mengambil isteri di kuala nerang.saya mula bertolak dari rumah untuk ke tempat kematian lebih kurang pukul 4.45 petang. selepas mengisi minyak di shell kuala nerang saya pun terus menuju ke destinasi melalui jalan belakang hospital,di atas jalan ada air bertakung menyebabkan kereta innova yang saya pandu hilang kawalan dan terus terbabas di dalam saliran air. dua jam kemudian barulah kereta dapat dikeluarkan dari saliran tersebut dengan menggunakan kereta tarik . walaupun begitu niat untuk menziarahi jenazah tetap diteruskan.alhamdulillah saya sempat sampai ke destinasi dan sempat mengiringi jenazah ke tanah perkuburan..sekian

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda !

Picture

Picture

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP